network




ROSAK AMALAN KERANA INGIN DIPUJI

Dalam sirah Nabi S.A.W. menerusi kisah kematian Qazman ; seorang yang menyamar sebagai seorang Muslim , berjuang bersama-sama dengan para sahabat. Sedangkan hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapat jolokan pejuang yang berjiwa bangsa Arab untuk menjaga kepentingan Yathrib. Penyertaannya hanyalah untuk dipuji orang. Akhirnya beliau telah berjaya membunuh ramai musuh yang menyerang Madinah.
Walau bagaimanapun, Nabi S.A.W. agak keberatan menyebut kematiannya sebagai salah seorang syuhada. Akhirnya Nabi S.A.W. dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yang tidak diterima usahanya sedikit pun di sisi Allah S.W.T. kenyataan Nabi ini disokong oleh seorang sahabat yang menyaksikan bahawa Qazman ini telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimiliki kerana kesakitan daripada luka yang dialaminya dalam peperangan Uhud ini.
Ini amat berbeza dengan keadaan seorang lagi perajurit Islam dalam kalangan sahabat yang bernama Usayrim r.a yang memeluk Islam agak lambat. Walau bagaimanapun, beliau telah menjejaki syurga dengan ketelusannya beriman kepada Allah S.W.T. dan Rasul-Nya S.A.W. Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud : " Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamannya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat. "
Kedua-dua personaliti ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yg menderita seperti pengembara yang mengharapkan kewujudan air di tempat yang amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim r.a ialah seorang bertaraf sahabat yang menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, lantas menyertai Nabi S.A.W. walaupun belum sempat berbuat apa-apa amalan termasuk solat.