network




Mahkamah Hati


Assalamualaikum 

Sering diperingatkan bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Tidak ada ketenangan dan kebahagiaan dalam melakukan dosa. Jika adapun hanya sementara, kemudian rasa gelisah itu akan datang lagi dengan lebih menggigit. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi berdosa kepada Allah S.W.T.

Orang yang berdosa ialah orang yang bersalah. Orang bersalah perlu diadili di mahkamah. Mahkamah pengadilan itu ada 3. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa & hakimnya ialah manusia. Acap kali, dengan kebijaksanaan & kelicikan, mahkamah dunia diperdaya. Justeru sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Lalu, masyhurlah kata orang yang bijaksana bahawa tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini.

Mahkamah kedua ialah mahkamah akhirat, yang hakimnya ialah Allah Yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar pasti menang, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau sepandai mana sekalipun bersilat kata. Saksi & bukti sangat autentik & tidak dapat dipertikaikan lagi. Apa yang ada pada diri akan “hidup” untuk menjadi saksi & pendakwa. Kulit, tangan, kaki & segala anggota akan menjadi saksi.
Mahkamah ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa & hakimnya ialah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa berkata benar walau cuba dinafikan & dipendamkan oleh tuannya. Protes hati kecil ini terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke lembah sakit jiwa yang menyesakkan.

Ya, dosa boleh disembunyikan & dinafikan di hadapan manusia, tetapi mana mungkin disembunyikan daripada Allah S.W.T & diri sendiri. Kita mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah S.W.T. & diri sendiri. Jadi, bagaimana kita boleh menafikan kesalahan & dosa apabila diadili oleh mahkamah hati?? Setiap masa, setiap ketika & pada setiap suasana, hati kecil akan bersuara. Ia tidak tega dengan kesalahan. Ia tidak rela dengan kemungkaran.

Dosa itu sangat memberi kesan kepada hati. Apabila kita berdosa, hakikatnya kita mlakukan dua “perlanggaran”. Pertama, perlanggaran atas fitrah hati yg secara tabiinya b’sifat baik. Kedua, perlanggaran thadap hak Allah S.W.T, Zat Yang Maha Tinggi. Dua p’langgaran ini sdh cukup meragut ketenangan.

Jangan dilawan fitrah hati yg menyukai kebaikan & mbenci kejahatan. Fitrah ini kurniaan Allah S.W.T, yang dengannya manusia boleh menerima pengajaran & didikan. Jika fitrah yg suka akan kebaikan itu disubur, dididik & dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni & bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yg baik itu diabaikan apatah lagi dinafikan, tunggulah penderitaan & kesempitan !!!...

Rasulullah s.a.w. sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanya, apakah itu dosa?? Baginda menjawab: “Dosa ialah ssuatu yang myebabkan hati kamu resah & kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya.”

Oleh sebab itu, awaslah wahai setiap diri kerana dosa itu umpama racun. Bahananya akan merosakkan diri secara perlahan-lahan atau mendadak. Nikmatnya hanya seketika sedangkan dosanya berkekalan & akibat buruknya panjang.

Justeru, Sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri, apakah hidup kita diredai??? Berapa banyak dosa yg tlh kita lakukan?? In Shaa ALLAH, hati itu tidak akan berdusta. Di samping Allah S.W.T. tahu siapa kita, kita sendiri juga tahu siapakah diri kita yg sebenarnya. Jadi, janganlah berpura-pura. Siapa yg cuba kita tipu?? Manusia??? Allah???? Atau diri kita sendiri?????


Perkongsian ilmu bersama-sama
daripada Majalah Solusi
Selamat membaca

Assalamualaikum
:)