Tahukah anda, dalam keadaan tertentu ketika melaksanakan ibadah, kita berada dalam keadaan tidak terurus, kusut & sebagainya tetapi Allah s.w.t. tetap suka ??
Contohnya :
- Orang yang berpuasa akan mengalami perubahan bau mulut akibat perut yang kosong daripada dimasuki makanan.
Allah s.w.t. berbanding bau kesturi." (Riwayat Ahmad)
2. Orang yang berjihad walaupun cedera & mungkin keadaannya mengerikan serta berlumuran darah,
akan dibangkitkan dalam keadaan demikian sebagai saksi jihadnya. Malah darah itu baunya sewangi
kesturi.
> Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya,
tidaklah seseorang terluka di jalan Allah s.w.t., dan Allah mengetahui siapa orang yang
terluka di jalan-Nya, kecuali dia akan datang pada hari kiamat dengan lukanya yang
mengalir darah, warnanya warna darah, dan baunya bau kesturi." (Riwayat al-Bukhari)
3. Orang yang berwuquf di Padang Arafah datang dalam keadaan berdebu & kusut masai, tetapi
Allah s.w.t. berbangga-bangga di hadapan malaikat tentang kehadiran jemaah haji ke padang Arafah.
> Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Allah berfirman : ' Lihatlah hamba-hamba-Ku,
mereka datang kepada-Ku dalam keadaan rambut kusut dan berdebu.'" (Riwayat Ahmad
dan Ibn Hibban)
Semua keadaan ini disukai Allah. Kenapa ?? Ini kerana semua ini terhasil daripada ketaatan kepada Allah.
Maha Suci Allah yang sangat adil dalam menilai sesuatu. Bukan fizikal yang menjadi ukuran, tetapi apa yang tersirat dalam hati itu yang Allah pandang..
ASSALAMUALAIKUM
^^