network




GAYA HIDUP SIHAT TANPA MAKSIAT

Pen dicipta untuk menulis. Selagi mana digunakan untuk menulis, Insya-Allah pen akan berada dalam keadaan yang baik. Mengapa ???? Ini kerana pen memang dicipta untuk menulis.



Sebaliknya, kalau pen itu digunakan untuk mencucuk, dibaling atau mengetuk sesuatu, sudah pasti pen itu akan rosak. Kenapa? Ya, kerana bukan diciptakan utk itu.
Maka begitulah manusia. Manusia akan “rosak” sekiranya tidak melaksanakan tujuan hidupnya sepertimana yg telah ditentukan oleh Pencipta (Allah). Tujuan manusia diciptakan adalah utk beribadah. Sekiranya dia menyimpang daripada tugas itu, dirinya akan rosak; kesihatannya terjejas, sama ada kesihatan mental, spiritual, emosi mahupun fizikalnya. Ketika itu dia akan merosakkan dirinya sendiri. Itulah akibat maksiat.
Maksiat akan merosakkan hati; “raja” dalam kerajaan diri yg menentukan baik atau buruknya anggota lain. Iman akan terjejas. Ketika itu lahirlah sifat sombong, hasad dengki, marah dan lain2 sifat mazmumah. Daripada hati yg rosak, lahirlah fikiran yg buruk spt penuh prasangka, kacau, jahat & kotor. Lahirlah juga idea2 liar, persepsi yg t’sasar & perancangan2 negatif. Daripada fikiran yg buruk, lahirlah juga emosi2 yg kacau spt rasa bimbang, takut, iri hati, & sebagainya.
Kerosakan itu akhirnya melahirkan  tindakan yg jahat. Itulah maksiat. Seluruh pancaindera; telinga, mata, mulut kaki, tangan, kemaluan, hidung & lain2 akan melakukan kejahatan demi kejahatan yg akhirnya menimbulkan bencana terhadap empunya diri. Ketika itulah kesihatan akan turut terjejas kerana maksiat bukan sahaja merosakkan hati, emosi & pemikiran tetapi juga merosakkan system fisiologi dan biologi.
Cuba perhatikan org yg sedang marah. Hati, emosi & fikirannya menjadi tidak stabil. Pernafasannya menjadi cepat, matanya berubah menjadi merah menyala, bibir & giginya mengetap, suhu badannya meningkat, berpeluh & suaranya terketar2. Akhirnya jika marahnya tidak dapat dikawal, lahirlah tindakan2 yg destruktif.
Sebaliknya apabila hati bersih, fikiran akan jernih. Emosi akan menjadi tenang & ini menghasilkan tindakan2 yg baik. Inilah ibadah. Ibadah itu akan memberi kebaikan kpd empunya diri dan orang lain. Apabila hati ceria, fikiran stabil, emosi tenang, badan pun sihat.
Orang yg begini bukan sahaja baik, malah suka melihat kebaikan orang lain. Tidak ada hasad dengki & kebencian dalam hatinya. Dia akan sentiasa melihat keindahan, ketenangan & kebaikan dalam kehidupan. Maulana Jalaluddin Rumi berkata: “….orang  yg begitu senang & nikmat melihat & menyebut-nyebut kebaikan yg lain bagaikan hidup di sebuah taman yg indah. Di sini anggerik, di sana melati, di mana2 sahaja mata memandang, yg Nampak hanya bebungaan indah, mekar & harum mewangi. Di mana2 yg terlihat hanyalah keindahan. Sebaliknya, orang yg gemar melihat aib & kejelekan orang lain, fikirannya hanya diselimuti oleh aneka keburukan sementara hatinya hanya dikepung prasangka2 buruk. Kerana itu, ke mana2 pun matanya melihat, yg Nampak ialah ular, kala jengking, duri & sebagainya. Di mana sahaja dia berada sentiasa tidak akan pernah dapat menikmati indahnya hidup ini.”
Justeru, amalkanlah cara hidup Mukmin – Hidup Yang Sihat Tanpa Maksiat !!! ^___^


...Selamat Beramal...

Assalamualaikum